Ada satu cerita pasal nak mulakan perniagaan ini.
Kali ini Abang Has akan menceritakan tentang pengalaman Abang Has dan beberapa orang rakan lain dalam menghadapi cabaran memulakan perniagaan. Rata-rata antara kami bersetuju, antara penghalang utama seseorang menjadi usahawan adalah Ibu.
Karektor biasa seorang ibu adalah menginginkan anaknya
- 1. Berkerja dengan stabil walaupun tidak kaya raya,
- 2. Hidup bahagia tanpa masalah
- 3. Mempunyai masa depan yang cerah.
Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi usahawan, ramai yang bersetuju bahawa antara orang pertama yang menentang adalah ibu mereka. Ibu risau terhadap masa depan anak ini. Ibu mana suka melihat anak bekerja tanpa mengira masa ?
Namun apa pula tanggungjawab kita sebagai seorang anak ?
Salah seorang dari kami menyebut bahawa beliau memberi kata dua kepada ibunya.
“Mak, mak ada dua pilihan. Yang pertama, kalau mak dok merungut tentang saya jadi usahawan nie, pasti perniagaan saya ini akan lingkup.
Yang kedua, kalau mak mendoakan saya berjaya menjadi seorang usahawan, saya pasti saya akan berjaya. Jadi mak pilih lah antara dua ini.”
Ibu kita menyayangi kita, jadi kita kena mengambil peluang untuk menerangkan dengan baik kepada mereka tentang pilihan yang kita telah buat supaya restu dan doa mereka akan menguatkan lagi usaha kita menjadi usahawan yang berjaya..............
Anda mungkin masih mencari perniagaan apa yang mahu diusahakan.Apa kata kita mulakan dengan perniagaan makanan. Yang paling mudah dan kecil modalnya sudah tentulah berniaga kepak ayam madu KING CHICKEN WING ni. Boleh mulakan pada bulan puasa ini kerana bulan puasa adalah bulan rahmat dan pastinya anda akan nampak hasilnya dengan cepat.Hubungi kami jika berminat. 016-6545507
blog ni masih active ke?
ReplyDelete