Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Saturday, April 6, 2013

REZEKI YANG DIBERKATI......

Dalam Islam, 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan seperti yang telah kita ketahui melalui hadith Rasullullah saw. Barkah dan rahmat rezeki yang diperolehi akan berlipat kali ganda jika perniagaan yang kita jalankan diusahakan dengan kejujuran dan penuh kesyukuran. Lagipun kita juga peroleh pahala secara tidak langsung kerana meneruskan sunnah Rasullullah saw.

Rakyat Malaysia kini sudah ramai yang sedar tentang fardhu kifayah yang menuntut kita membantu membangunkan ekonomi sesama umat Islam.Dalam Al-Quran juga menyatakan " Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)"

Melalui kesedaran ini, kami KING CHICKEN WING menawarkan perkongsian dalam membina perniagaan bersama-sama anda. Mungkin di tempat anda masih belum ada lagi sesiapa yang mengusahakan perniagaan Kepak Ayam Madu seperti yang telah kami usahakan ini.Melalui pengalaman hampi 7 tahun ini, kami sedia berkongsi kepakaran kami dalam perniagaan Kepak Ayam Madu ini.

Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan modal yang kecil atau pun modal yang besar.

Produk kami:
-Kepak Ayam Madu(RM1.50 /ketul)
-Peha Ayam Madu (RM2.00 /ketul)
-Sate Pedal Ayam Madu (RM1.00 /cucuk)
-Sate Tonggeng Ayam Madu (RM1.00 /cucuk)
-Sate Isi Ayam Madu (RM1.00 /cucuk)

Perkhidmatan kami:
-Menyediakan produk kami yang telah disiapkan dengan rempah serta sos hitam asli ciptaan kami.Hanya tunggu dipanggang sahaja.
-Menyediakan kiosk perniagaan anda.(Alat pemanggang,alatan perniagaan dan produk siap dipanggang)
-Menerima tempahan untuk majlis kenduri, jamuan dan juga rumah terbuka sama ada siap dimasak atau panggang ditempat anda bersama krew kami berkonsepkan booth.

Kawasan yang ditawarkan adalah di sekitar Segambut, Kepong, Selayang, Gombak, Sentul, Hartamas, Chow Kit, Jalan TAR, Jalan Ipoh, Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Penchala.

Insyaallah keuntungan kami tidak membebankan anda malah kami  masih boleh berkongsi keuntungan kami dengan anda.Hubungi kami segera di talian 016-6545507 atau melalui Facebook Malaso Laso  untuk keterangan lanjut.





No comments:

Post a Comment