Orang pada zaman awal kemerdekaan Malaysia dulu menjadikan tempat-tempat berkelah sebagai lokasi ketika musim bercuti.Tak kiralah sama ada di tepi pantai ke, tepi air terjun ke, tepi sungai ke mahupun di tepi tasik.Selain bermandi-manda bersama keluarga, hidangan makanan menjadi penyeri dan tidak lengkap perkelahan itu tanpanya.
Makanan pilihan pada ketika itu, kalau bukan roti sandwich, bihun goreng atau pun nasi berlauk menjadi pilihan.Ketika gelombang pop yeh yeh melanda masyarakat Malaysia ketika itu, perkelahan menjadikan barbeku sebagai pilihan makanan untuk menyerikan percutian mereka di samping kerancakan tarian dan lagu pop yeh yeh itu.Biasanya barbeku ketika itu terkenal dengan ikan bakar, sotong bakar, dan pernah menjadi popular sekejap ialah ayam madu bakar.....
Namun kemunculan banyak pusat peranginan menjadikan trend perkelahan hampir dilupakan.Kemeriahan berbarbeku bersama keluarga dan sahabat handai jarang dapat dilihat. Jamuan dan majlis menjadi pengganti ketika bercuti. Ditambah pula dengan pelbagai hobi baru ketika masa lapang seperti paintball, futsal dan permainan video membuatkan masyarakat Malaysia semakin lupa tentang kemeriahan perkelahan.
Tapi kini tempat-tempat perkelahan dilihat sudah berputik kembali. Ini dapat dilihat melalui tempahan kepak ayam madu KING CHICKEN WING yang semakin bertambah terutamanya ketika hujung minggu. Kebanyakan pelanggan kini suka menempah kepak ayam madu mentah yang siap disalut rempah dan madu untuk dipanggan sendiri ketika mereka berkelah.Melalui sembang-sembang santai bersama pelanggan-pelanggan ini, mereka suka perkelahan mereka sekeluarga terutamanya bila adanya kehadiran sahabat handai dihiasi dengan barbeku.
Sudah menjadi lumrah manusia ingin dipuji terutamanya oleh rakan-rakan, maka kepak ayam madu KING CHICKEN WING lah yang mereka pilih kerana kata mereka memang enak sehingga tak cukup jari dijilatnya.Kawan-kawan pula ramai memuji dan kebanyakannya sebelum pulang akan mengungkapkan ayat" Tak rugi datang. Kalau tak, mana mungkin dapat rase ayam yang sedap ni!"....
Pasti pelanggan kami tersenyum mendengarnya.Kami juga tumpang tersenyum bila melihat pelanggan berpuas hati dengan produk kami.
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI
016-3986433 ATAU 03-62500370
Kepak Ayam Madu - RM1.00 seketul
Pedal Ayam - RM0.80 secucuk
Buntut Ayam - RM0.80 secucuk
Peha Ayam Madu - RM2.00 seketul
Minimum tempahan ialah RM100.00.Hanya sekitar KL dan kawasan yang terdekat.
No comments:
Post a Comment