Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Saturday, June 29, 2013

MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN 2013

















PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KING CHICKEN WING!!!!!!

PADA 30 JUN 2013, KING CHICKEN WING DENGAN RESTU MAJLIS PENYIMPAN MOHOR BOS-BOS KCW SE-MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN & KENDURI DOA SELAMAT.

TEMPAT : KING CHICKEN WING CAWANGAN JALAN KUCHING (BELAKANG IBU PEJABAT KCW, FLAT PKNS JALAN KUCHING)

MASA : 2 PETANG - 6 PETANG

SEMUA WARGA KCW MESTI ADA DI MAJLIS TERSEBUT DAN JANGAN LUPA JEMPUT KAWAN-KAWAN DAN PELANGGAN-PELANGGAN TETAP KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS INI......

















OPSS!!! SEBELUM TERLUPA, SEMUA WARGA KCW PERLU PAKAI BAJU RASMI KCW.

HANYA TETAMU YANG PAKAI BAJU RASMI KCW SAHAJA YANG LAYAK UNTUK DAPATKAN NOMBOR CABUTAN BERTUAH!!!!
BANYAK HADIAH-HADIAH MENARIK YANG DISEDIAKAN..............
JANGAN TAK DATANG.....
ASSALAMUALAIKUM!!!!

Friday, May 17, 2013

KING CHICKEN WING DAN IMEJ TERBARU KAMI!!!!

Secara rasminya kami dan semua warga krew KING CHICKEN WING telah mempunyai imej baru. Jika terlihat kami, jangan malu-malu tegur......Kunjungi cawangan kami yang berdekatan dengan anda..........Kami menunggu.......







Friday, May 10, 2013

Perkelahan yang menggamit kenangan.......

Orang pada zaman awal kemerdekaan Malaysia dulu menjadikan tempat-tempat berkelah sebagai lokasi ketika musim bercuti.Tak kiralah sama ada di tepi pantai ke, tepi air terjun ke, tepi sungai ke mahupun di tepi tasik.Selain bermandi-manda bersama keluarga, hidangan makanan menjadi penyeri dan tidak lengkap perkelahan itu tanpanya.

Makanan pilihan pada ketika itu, kalau bukan roti sandwich, bihun goreng atau pun nasi berlauk menjadi pilihan.Ketika gelombang pop yeh yeh melanda masyarakat Malaysia ketika itu, perkelahan menjadikan barbeku sebagai pilihan makanan untuk menyerikan percutian mereka di samping kerancakan tarian dan lagu pop yeh yeh itu.Biasanya barbeku ketika itu terkenal dengan ikan bakar, sotong bakar, dan pernah menjadi popular sekejap ialah ayam madu bakar.....

Namun kemunculan banyak pusat peranginan menjadikan trend perkelahan hampir dilupakan.Kemeriahan berbarbeku bersama keluarga dan sahabat handai jarang dapat dilihat. Jamuan dan majlis menjadi pengganti ketika bercuti. Ditambah pula dengan pelbagai hobi baru ketika masa lapang seperti paintball, futsal dan permainan video membuatkan masyarakat Malaysia semakin lupa tentang kemeriahan perkelahan.

Tapi kini tempat-tempat perkelahan dilihat sudah berputik kembali. Ini dapat dilihat melalui tempahan kepak ayam madu KING CHICKEN WING yang semakin bertambah terutamanya ketika hujung minggu. Kebanyakan pelanggan kini suka menempah kepak ayam madu mentah yang siap disalut rempah dan madu untuk dipanggan sendiri ketika mereka berkelah.Melalui sembang-sembang santai bersama pelanggan-pelanggan ini, mereka suka perkelahan mereka sekeluarga terutamanya bila adanya kehadiran sahabat handai dihiasi dengan barbeku.

Sudah menjadi lumrah manusia ingin dipuji terutamanya oleh rakan-rakan, maka kepak ayam madu KING CHICKEN WING lah yang mereka pilih kerana kata mereka memang enak sehingga tak cukup jari dijilatnya.Kawan-kawan pula ramai memuji dan kebanyakannya sebelum pulang akan mengungkapkan ayat" Tak rugi datang. Kalau tak, mana mungkin dapat rase ayam yang sedap ni!"....

Pasti pelanggan kami tersenyum mendengarnya.Kami juga tumpang tersenyum bila melihat pelanggan berpuas hati dengan produk kami.

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

016-3986433 ATAU 03-62500370

Kepak Ayam Madu - RM1.00 seketul
Pedal Ayam             - RM0.80 secucuk
Buntut Ayam           - RM0.80 secucuk
Peha Ayam Madu    - RM2.00 seketul

Minimum tempahan ialah RM100.00.Hanya sekitar KL dan kawasan yang terdekat.



Tuesday, April 30, 2013

Buat kenduri untuk sebahagian sahaja tapi yang datang berkerumun sampai satu Flat Sri Perak!!!!!

Kelab Belia Flat Sri Perak dan Persatuan Ibu Tunggal telah berganding bahu untuk mengadakan kenduri bagi memperkenalkan pertubuhan mereka kepada masyarakat.Dianggarkan hampir 300 orang akan hadir termasuklah Dato'-dato', Datin-datin malah calon pilihanraya juga turut hadir.....

Tapi apa yang mengejutkan ialah apabila pengendali majlis ini tiba-tiba menjemput dan menempah kehadiran KING CHICKEN WING ke majlis mereka.Dan yang menggemparkan pihak penganjur dan juga para hadirin ialah, hampir seluruh penduduk Flat Sri Perak turun ke majlis apabila menyedari kepulan-kepulan asap beserta aromanya dari tempat panggangan KING CHICKEN WING kami!!!!

Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput kami dan wakil kami juga tak ketinggalan menerima cabutan bertuah dari pihak majlis....BERTUAH!!

KEPADA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN, PERSATUAN-PERSATUAN DAN KELAB-KELAB YANG INGIN MENEMPAH KEPAK AYAM MADU KAMI, SILALAH HUBUNGI KAMI.PASTI KAMI BISA MENGGAMIT LEBIH RAMAI TETAMU UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS ANDA.......

Friday, April 26, 2013

CAWANGAN KAMI DI TAWAU.....

KALAU NAK TAHU, SATU-SATUNYA CAWANGAN KAMI DI TAWAU IALAH DI FAJAR.BUAT MASA INI PENCINTA KEPAK AYAM MADU KAMI YANG BERADA DI SABAH BOLEHLAH BERKUNJUNG KE FAJAR DEPAN TAWAU KOPITIAM....KALAU NAK TAHU,ASALNYA RESEPI KAMI DATANGNYA DARI SINILAH......APA LAGI.....JOM SINGGAH!!!!!


Sunday, April 21, 2013

INGIN BERNIAGA KEPAK AYAM MADU?

KING CHICKEN WING sedang melebarkan sayapnya dengan membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda yang berminat untuk memulakan perniagaan kepak ayam madu ini. Dengan modal yang rendah, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan ini.

PAKEJ 1
(HANYA AYAM SIAP DIPERAP KAMI BEKALKAN + SOS HITAM ASLI SABAH)

PAKEJ 2
(AYAM/PEDAL/TONGKENG SIAP DIPERAP + SOS HITAM ASLI SABAH + KIOSK PEMANGGANG KING CHICKEN WING + ARANG + PLASTIK)

Jika anda sudah ada tempat berniaga dan mempunyai tempat pemanggang sendiri(biasanya peniaga sate,ikan bakar, tauhu bakar),anda boleh ambil PAKEJ 1 saja tetapi jika anda cuma ada tempat tapi baru nak mulakan perniagaan, anda disarankan mengambil PAKEJ 2.

Perniagaan ini alhamdulillah mendapat permintaan yang tinggi kerana kepak ayam madu ini bukan sahaja popular di kalangan rakyat Sabah sahaja, tapi semakin hari, semakin bertambah pencinta kepak ayam madu ini di kalangan warga Lembah Klang.Berdasarkan pengalaman kami, peniaga akan memperoleh keuntungan sekitar RM80 - RM150 sehari.

JADI APA TUNGGU LAGI, HUBUNGILAH KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT.....

"KEJAYAAN ITU AKAN DIKECAPI JIKA KITA MULAKAN LANGKAH PERTAMA"
Sampai bila kita ingin berjaya jika kita hanya berfikir dan terus berfikir untuk berjaya sedangkan kita masih belum memulakan langkah pertama kita.......
016-6545507