Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Friday, April 19, 2013

Apa yang menjadi pilihan kita?

Semalam adalah hari Jumaat.Seperti biasa cawangan kami di Bandar Baru Sentul yang berdekatan dengan Pangsapuri Mawar dibuka seperti biasa walaupun pasar malam diadakan pada malam itu, juga dibuka seperti biasa setiap Jumaat.

Seperti juga hari-hari lain, cawangan kami di sini dibuka bermula jam 4 petang kerana banyak pelanggan kami rata-rata adalah ibubapa kepada murid-murid sekolah yang berdekatan.Ramai juga anak-anak muda yang baru pulang bekerja menjadikan kepak ayam madu kami sebagai juadah makan petang mereka.Tidak ketinggalan juga golongan warga kerja yang berkeluarga membeli kepak ayam madu kami untuk di makan sebagai juadah makan malam bersama anak-anak dan penghuni rumah.

Selepas waktu solat Maghrib, seorang pelanggan tetap tiba seperti biasa dan ucapannya juga seperti biasa"Macam biasa ya", maka 7 ketul ayam terus dicabut dari barisan dawai besi yang mencucuk kepak ayam madu kami dan terus di panaskan di atas pemanggang arang kami. Selepas itu dibungkus kepak ayam madu tersebut bersama sos hitam Sabah Istimewa kami dan terus diserahkan kepada pelanggan tersebut."Berapa?",tanya sang pelanggan."Macam biasa bang, RM10 je",Jawab kami.Lalu Pelanggan tersebut menyerahkan RM50.Sementara menunggu wang bakinya, pelanggan itu bertanya" Kenapa King Chicken Wing Jual kepak ayam madu RM1.50?dekat pasar malam tu semua jual RM1 je tau..."

Pekerja kami tidak menjawab kerana hakikatnya dia jauh lebih tahu kenapa kami tidak jual semurah itu.Cuma untuk menyedapkan hati pelanggan, kami galakkan pekerja kami menjawab"Rezeki masing-masing, bang....."....

Untuk pengetahuan umum,King Chicken Wing amat berbaloi jika dibeli dengan harga RM1.50 seketul. Apa yang kami sediakan dalam setiap ketul kepak ayam madu kami ialah adunan rempah dari 9 bahan utama rempah ratus terpilih dan dicampur dengan madu lebah asli yang didatangkan khas dari Temerloh kerana hanya madu yang dipercayai tulen dan telah kami lihat sendiri keasliannya sahaja menjadi pilihan kami untuk pelanggan kami.Selain daripada itu, setiap ketulan kepak ayam madu kami akan dipanggang menggunakan pemanggang arang untuk mengekalkan keaslian rasa Kepak ayam madu kami.Cara panggangan yang betul menjadi kepentingan bagi kami agar semua produk kami tidak terlebih garing atau hangit yang boleh mewujudkan karbon sehingga mendatangkan kesan karsinogen.Apa itu karsinogen?(Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan kanser).

Tapi bagi pelanggan yang suka makan garing produk kami, tidak perlu risau kerana kami menyediakan sos hitam Sabah Istimewa kami yang juga mengandungi estrak timun yang menjadi antoi-karsinogen.Bila manis madu pada ayam dicicah dengan sos hitam kami yang pedas dan sedap itu, pasti membuatkan pelanggan kami berselera.

Jadi kenapa harga kami RM1.50 dikekalkan sejak tahun 2004 lagi, anda pasti mengetahuinya.Jadi anda juga yang menjadi penentu, sama ada anda memilih kuantiti sebagai pilihan juadah anda atau kualiti lebih penting untuk pemakanan yang sihat untuk anda dan keluarga.






No comments:

Post a Comment