Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Sunday, April 7, 2013

USAHAWAN ITU BERMULA DENGAN......

KING CHICKEN WING juga bermula dari satu usaha yang kecil tapi penuh dengan usaha dan keperitan sebelum berada di tahap sekarang, Semuanya bermula dengan matlamat dalam hidup kita. Matlamat ini perlulah ada satu prinsip.Prinsip yang dipegang oleh Raswan ialah SMART.
 
Apa itu SMART?
 
S-Specific - Matlamat yang kita ingin bina mestilah tepat dan bukan samar-samar.Contohnya matlamat Raswan ialah ingin menjadikan perniagaan Kepak Ayam Madu nya terkenal di kalangan pencinta makanan tersebut.Kini KING CHICKEN WING telah mempunyai ramai pelanggan tetap.Setiap hari pasti pelanggan-pelanggan ini akan membeli produk beliau dengan kuantiti yang tetap untuk dinikmati seisi keluarga.

M-Measurable - Matlamat itu mestilah boleh dikira atau boleh diukur.Contohnya Raswan menetapkan dalam matlamatnya untuk mempunyai hasil jualan sebanyak RM300 sehari.Alhamdullilah hari ini setiap cawangannya memperoleh hasil jualan RM300++ sehari.

A-Acceptable - Matlamat itu mestilah yang boleh diterima akal.Contohnya Raswan menetapkan matlamatnya untuk setiap cawanagn barunya memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam 6 bulan,bukannya hari pertama buka dah capai target harian.

R-Reasonable - Matlamat kita mestilah munasabah dengan keadaan semasa.Jangan sekali-kali bermatlamat untuk menguasai pasaran yang besar.Cukuplah dengan menguasai pasaran yang kecil dulu mengikut kemampuan yang kita ada.

T-Time Bound - Setiap matlamat itu perlulah ada tempoh masa tertentu untuk dicapai.Contohnya Raswan tetapkan matlamatnya akan dicapai pada 5 tahun akan datang. Alhamdullillah matlamatnya itu telah tercapai sekarang di mana dia mempunyai banyak cawangan perniagaannya di Lembah Klang kini atas niatnya untuk membantu insan lain yang sama pemikiran dan tujuan seperti beliau iaitu ingin mempunyai empayar perniagaan sendiri.
 
Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?
Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?
Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. 
Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran
Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman
Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul
Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif
Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa
Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.
*Anda boleh membaca keseluruhan artikel ini di dalam Majalah Harmoni keluaran 1 Mac 2012.
 

 
 
 Bak kata Raswan ketika mula bertapak di Lembah Klang ini(masa tu baru menetap di Damansara Damai)...DERITA ATAS DERITA....

No comments:

Post a Comment