Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Tuesday, April 30, 2013

Buat kenduri untuk sebahagian sahaja tapi yang datang berkerumun sampai satu Flat Sri Perak!!!!!

Kelab Belia Flat Sri Perak dan Persatuan Ibu Tunggal telah berganding bahu untuk mengadakan kenduri bagi memperkenalkan pertubuhan mereka kepada masyarakat.Dianggarkan hampir 300 orang akan hadir termasuklah Dato'-dato', Datin-datin malah calon pilihanraya juga turut hadir.....

Tapi apa yang mengejutkan ialah apabila pengendali majlis ini tiba-tiba menjemput dan menempah kehadiran KING CHICKEN WING ke majlis mereka.Dan yang menggemparkan pihak penganjur dan juga para hadirin ialah, hampir seluruh penduduk Flat Sri Perak turun ke majlis apabila menyedari kepulan-kepulan asap beserta aromanya dari tempat panggangan KING CHICKEN WING kami!!!!

Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput kami dan wakil kami juga tak ketinggalan menerima cabutan bertuah dari pihak majlis....BERTUAH!!

KEPADA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN, PERSATUAN-PERSATUAN DAN KELAB-KELAB YANG INGIN MENEMPAH KEPAK AYAM MADU KAMI, SILALAH HUBUNGI KAMI.PASTI KAMI BISA MENGGAMIT LEBIH RAMAI TETAMU UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS ANDA.......

Friday, April 26, 2013

CAWANGAN KAMI DI TAWAU.....

KALAU NAK TAHU, SATU-SATUNYA CAWANGAN KAMI DI TAWAU IALAH DI FAJAR.BUAT MASA INI PENCINTA KEPAK AYAM MADU KAMI YANG BERADA DI SABAH BOLEHLAH BERKUNJUNG KE FAJAR DEPAN TAWAU KOPITIAM....KALAU NAK TAHU,ASALNYA RESEPI KAMI DATANGNYA DARI SINILAH......APA LAGI.....JOM SINGGAH!!!!!


Sunday, April 21, 2013

INGIN BERNIAGA KEPAK AYAM MADU?

KING CHICKEN WING sedang melebarkan sayapnya dengan membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda yang berminat untuk memulakan perniagaan kepak ayam madu ini. Dengan modal yang rendah, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan ini.

PAKEJ 1
(HANYA AYAM SIAP DIPERAP KAMI BEKALKAN + SOS HITAM ASLI SABAH)

PAKEJ 2
(AYAM/PEDAL/TONGKENG SIAP DIPERAP + SOS HITAM ASLI SABAH + KIOSK PEMANGGANG KING CHICKEN WING + ARANG + PLASTIK)

Jika anda sudah ada tempat berniaga dan mempunyai tempat pemanggang sendiri(biasanya peniaga sate,ikan bakar, tauhu bakar),anda boleh ambil PAKEJ 1 saja tetapi jika anda cuma ada tempat tapi baru nak mulakan perniagaan, anda disarankan mengambil PAKEJ 2.

Perniagaan ini alhamdulillah mendapat permintaan yang tinggi kerana kepak ayam madu ini bukan sahaja popular di kalangan rakyat Sabah sahaja, tapi semakin hari, semakin bertambah pencinta kepak ayam madu ini di kalangan warga Lembah Klang.Berdasarkan pengalaman kami, peniaga akan memperoleh keuntungan sekitar RM80 - RM150 sehari.

JADI APA TUNGGU LAGI, HUBUNGILAH KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT.....

"KEJAYAAN ITU AKAN DIKECAPI JIKA KITA MULAKAN LANGKAH PERTAMA"
Sampai bila kita ingin berjaya jika kita hanya berfikir dan terus berfikir untuk berjaya sedangkan kita masih belum memulakan langkah pertama kita.......
016-6545507






Friday, April 19, 2013

Apa yang menjadi pilihan kita?

Semalam adalah hari Jumaat.Seperti biasa cawangan kami di Bandar Baru Sentul yang berdekatan dengan Pangsapuri Mawar dibuka seperti biasa walaupun pasar malam diadakan pada malam itu, juga dibuka seperti biasa setiap Jumaat.

Seperti juga hari-hari lain, cawangan kami di sini dibuka bermula jam 4 petang kerana banyak pelanggan kami rata-rata adalah ibubapa kepada murid-murid sekolah yang berdekatan.Ramai juga anak-anak muda yang baru pulang bekerja menjadikan kepak ayam madu kami sebagai juadah makan petang mereka.Tidak ketinggalan juga golongan warga kerja yang berkeluarga membeli kepak ayam madu kami untuk di makan sebagai juadah makan malam bersama anak-anak dan penghuni rumah.

Selepas waktu solat Maghrib, seorang pelanggan tetap tiba seperti biasa dan ucapannya juga seperti biasa"Macam biasa ya", maka 7 ketul ayam terus dicabut dari barisan dawai besi yang mencucuk kepak ayam madu kami dan terus di panaskan di atas pemanggang arang kami. Selepas itu dibungkus kepak ayam madu tersebut bersama sos hitam Sabah Istimewa kami dan terus diserahkan kepada pelanggan tersebut."Berapa?",tanya sang pelanggan."Macam biasa bang, RM10 je",Jawab kami.Lalu Pelanggan tersebut menyerahkan RM50.Sementara menunggu wang bakinya, pelanggan itu bertanya" Kenapa King Chicken Wing Jual kepak ayam madu RM1.50?dekat pasar malam tu semua jual RM1 je tau..."

Pekerja kami tidak menjawab kerana hakikatnya dia jauh lebih tahu kenapa kami tidak jual semurah itu.Cuma untuk menyedapkan hati pelanggan, kami galakkan pekerja kami menjawab"Rezeki masing-masing, bang....."....

Untuk pengetahuan umum,King Chicken Wing amat berbaloi jika dibeli dengan harga RM1.50 seketul. Apa yang kami sediakan dalam setiap ketul kepak ayam madu kami ialah adunan rempah dari 9 bahan utama rempah ratus terpilih dan dicampur dengan madu lebah asli yang didatangkan khas dari Temerloh kerana hanya madu yang dipercayai tulen dan telah kami lihat sendiri keasliannya sahaja menjadi pilihan kami untuk pelanggan kami.Selain daripada itu, setiap ketulan kepak ayam madu kami akan dipanggang menggunakan pemanggang arang untuk mengekalkan keaslian rasa Kepak ayam madu kami.Cara panggangan yang betul menjadi kepentingan bagi kami agar semua produk kami tidak terlebih garing atau hangit yang boleh mewujudkan karbon sehingga mendatangkan kesan karsinogen.Apa itu karsinogen?(Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan kanser).

Tapi bagi pelanggan yang suka makan garing produk kami, tidak perlu risau kerana kami menyediakan sos hitam Sabah Istimewa kami yang juga mengandungi estrak timun yang menjadi antoi-karsinogen.Bila manis madu pada ayam dicicah dengan sos hitam kami yang pedas dan sedap itu, pasti membuatkan pelanggan kami berselera.

Jadi kenapa harga kami RM1.50 dikekalkan sejak tahun 2004 lagi, anda pasti mengetahuinya.Jadi anda juga yang menjadi penentu, sama ada anda memilih kuantiti sebagai pilihan juadah anda atau kualiti lebih penting untuk pemakanan yang sihat untuk anda dan keluarga.






Thursday, April 18, 2013

KING CHICKEN WING CAWANGAN SENTUL RAYA @ BOULEVARD....

 CAWANGAN SENTUL RAYA @ BOULEVARD



























Cawangan ini terletak di depan Restoran Lambaian Seafood yang sememangnya terkenal dengan masakan panas dan kateringnya. Tapi bukan pasal tu yang hendak dikongsi. Segalanya mengenai KING CHICKEN WING...... Sememangnya warga Sentul tak asing lagi dengan kepak ayam madu kami....Sebut saja ayam madu, pasti mereka teringatkan kami yang betul-betul terpacak di depan kedai KK Mart Sentul Raya ni.

Kebanyakan pelanggan kami adalah di kalangan pengunjung-pengunjung restoran yang berada di sekeliling kami ini terutamanya keluarga dan kumpulan anak muda yang sering menjadikan makanan di restoran sebagai juadah makan malam mereka.Tidak lupa juga pekerja-pekerja yang bekerja di pejabat-pejabat yang berada di Sentul Boulevard ini. Bila tiba waktu petang, pasti mereka ini muncul dan terus menempah dengan ayat yang lebih kurang sama sahaj." Macam biasa ye".Maka seperti biasa jugalah kami sudah sediakan awal-awal kepak ayam madu kami.Cuma tunggu ditempah dan seterusnya cuma panaskan saja di atas pemanggang arang kami.....




 Inilah salah satu tempahan pelanggan yang sedang dipanaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan.....

 Kepak ayam madu kami adalah produk utama kami.Ia disalut dengan rempah khas yang dicampur dengan madu asli.

 Ketika ayam dipanggang, pasti madunya kelihatan dan titisan madu itulah yang pastimenyelerakan pelanggan kami....

 Seterusnya tongkeng ayam ni.Orang Sabah yang terkenal dengan kepak ayam madu ni panggil macam tulah.Tapi orang Semenanjung panggil buntut ayam je...... Ini produk kedua terlaris tapi biasanya tongkeng ni lah yang habis dulu walau di mana juga cawangan kami pun....

 Pedal ayam madu ni pun apa kurangnya.Kadang-kadang tu pedal ayam yang habis dulu.....


 Ini pula adalah isi ayam yang disusun mencucuk sepanjang lidi.....Ini bukan sate ayam ye tapi isi ayam ini sudah pasti sedap kerana selain disalut dengan rempah istimewa dan madu, ia juga adalah isi yang datang dari bahagian berdekatan kepak ayam.Sudah tentu ia lebih enak dimakan berbanding sate ayam yang menggunakan isi di bahagian dada ayam yang lebih pejal....

 Pelanggan kami banyak yang suka bungkus atau "Take away" atau senang cite suka "Tapau".




 Selain beli untuk dimakan di rumah, pelanggan kami juga banyak yang suka makan terus di sini.Katanya "Makan panas-panas lagi sedap!".....Pilihlah apa saja yang anda suka, pasti ia tidak mengecewakan selera anda. Semua produk kami yang pastinya didatangkan dengan sos hitam asli Sabah yang istimewa.Bila ayam madu yang terasa manis di cicah dengan sos yang pedas, pasti selera anda sukar untuk diberhentikan lagi.

JADI JIKA ANDA NAK CUBA, DATANGLAH KE CAWANGAN KAMI DI SENTUL RAYA INI. KALAU SEDAP AJAK KAWAN PULAK.KALAU TAK SEPERTI YANG DIIDAMKAN, BERITAHU KAMI AGAR KAMI DAPAT MENYEDIAKAN PRODUK KAMI SEPERTI YANG ANDA IDAMKAN!....

***UNTUK TEMPAHAN DAN KHIDMAT PENGHANTARAN, SILA HUBUNGI 016-3986433....


Wednesday, April 17, 2013

KING CHICKEN WING DELIVERY SERVICE

KCW kini menyediakan khidmat penghantaran untuk pelanggan yang dihargai....

KAWASAN YANG MENERIMA KHIDMAT PENGHANTARAN BUAT MASA INI IALAH:

1- Taman Dato Senu
2- Pejabat sekitar Sentul Avenue
3- Seluruh Bandar Baru Sentul
4- Taman Tasik Titiwangsa
5- Jalan Ipoh
6- Taman SPPK Segambut
7- Mandy Villa
8- Menara Duta
9- Kensington Park
10- Taman Kok Doh
11- Segambut Luar
12- Sentul Pasar
13- Kampung Chubadak

Tempahan melebihi RM30 tidak akan dikenakan caj tambahan.Jika kurang 5% caj tambahan akan dikenakan.

Tempahan untuk semua perkara. Jamuan, kenduri,majlis, rumah terbuka, bilik gerakan pilihanraya(kebetulan masanya), sambutan perayaan dan sebagainya....
....


Friday, April 12, 2013

Masih mencari apa yang ingin mula diniagakan?

Kesusahan ketika mulakan perniagaan pasti memberi kenangan manis jika dikenang semula sekarang. Kami sangat menggalakkan sesiapa sahaja terutamanya yang ingin memulakan perniagaan agar teruskan niat tersebut.Kalau nak jual ayam madu seperti kami, jumpa kami dan pasti anda akan teruja dengan pelan perancanagn perniagaan kami nanti.

Ada satu cerita pasal nak mulakan perniagaan ini.

Kali ini Abang Has akan menceritakan tentang pengalaman Abang Has dan beberapa orang rakan lain dalam menghadapi cabaran memulakan perniagaan. Rata-rata antara kami bersetuju, antara penghalang utama seseorang menjadi usahawan adalah Ibu.
Karektor biasa seorang ibu adalah menginginkan anaknya

  1. 1. Berkerja dengan stabil walaupun tidak kaya raya
  2. 2. Hidup bahagia tanpa masalah
  3. 3. Mempunyai masa depan yang cerah.
Tiga karektor ini nampak biasa, tetapi ketiga-tiga ini adalah mustahil untuk dipastikan. Hanya masa dan keadaan akan menentukan semua ini.Tak ada kerja yang stabil, setiap hari orang dibuang kerja. Setiap hari orang menukar kerja.Tak ada hidup yang tidak ada masalah. Masalah pasti akan ada.Datang pula dalam pelbagai bentuk dan gaya.Kalau pada zaman dahulu, orang lebih suka apabila anaknya bekerja dengan kerajaan. Malah mereka mengatakan “jika kerja jaga lembu sekalipun, kena kerja dengan kerajaan” Sebabnya, kerja kerajaan walaupun gajinya rendah, namun ada pencen, ada elaun, ada cuti, ada diskaun kesihatan dan lain-lain.Ini belum lagi kisah-kisah yang bapa makwe tidak mahu mengahwinkan anak perempuannya kepada orang yang bergelar “peniaga” atau “usahawan”.Tetapi dari aspek ini, ada juga kesalahan dari kalangan peniaga dan usahawan ini, pekerjaan ini susah untuk kita nilai kestabilan mereka. Ada yang punya harta yang mewah tetapi hutang berjuta-juta. Ada juga yang hidup sederhana, tetapi duitnya berkepuk-kepuk.

Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi usahawan, ramai yang bersetuju bahawa antara orang pertama yang menentang adalah ibu mereka. Ibu risau terhadap masa depan anak ini. Ibu mana suka melihat anak bekerja tanpa mengira masa ?
Namun apa pula tanggungjawab kita sebagai seorang anak ?
Salah seorang dari kami menyebut bahawa beliau memberi kata dua kepada ibunya.
“Mak, mak ada dua pilihan. Yang pertama, kalau mak dok merungut tentang saya jadi usahawan nie, pasti perniagaan saya ini akan lingkup.

Yang kedua, kalau mak mendoakan saya berjaya menjadi seorang usahawan, saya pasti saya akan berjaya. Jadi mak pilih lah antara dua ini.”
Ibu kita menyayangi kita, jadi kita kena mengambil peluang untuk menerangkan dengan baik kepada mereka tentang pilihan yang kita telah buat supaya restu dan doa mereka akan menguatkan lagi usaha kita menjadi usahawan yang berjaya..............

Anda mungkin masih mencari perniagaan apa yang mahu diusahakan.Apa kata kita mulakan dengan perniagaan makanan. Yang paling mudah dan kecil modalnya sudah tentulah berniaga kepak ayam madu KING CHICKEN WING ni. Boleh mulakan pada bulan puasa ini kerana bulan puasa adalah bulan rahmat dan pastinya anda akan nampak hasilnya dengan cepat.Hubungi kami jika berminat. 016-6545507

Wednesday, April 10, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah selalu kita dengar. DENGAR JE? Yelah dengar sahaja sebab tak pernah pun hadir ke mesyuarat tu.Walaupun anak belajar di sekolah berkenaan, tapi kita jarang ambil tahu atau jarang memberi perhatian kebajikan anak kita.PIBG ini ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dan juga memantau perjalanan pengurusan sekolah terhadap anak-anak kesayangan kita.

Pengerusi atau Presiden PIBG sering menghadapi masalah setiap kali mesyuarat ingin diadakan kerana kekurangan ibubapa yang hadir.Banyak alasan yang diberikan, faktor kesibukan kerjalah,bukan satu kepentinganlah malah ada yang menganggap ia satu pembaziran.

JIKA ANAK KITA DITIMPA MASALAH DI SEKOLAH, KITA SALAHKAN GURU. TAPI BILA GURU HADAPI MASALAH MENANGANI KERENAH ANAK KITA, KITA LEPAS TANGAN.

Berdasarkan pengalaman kami, sekolah yang mengambil pakej yang kami sediakan berjaya menarik kehadiran yang hampir 100% dari ibubapa dan penjaga.

BAGAIMANA?

Kami kendalikan pengurusan majlis anda. Kami hiaskan majlis anda.Khemah, pentas, pintu gerbang. Dan kami cadangkan pihak anda menyediakan sedikit jamuan untuk ibubapa yang hadir.Tak perlulah hidangan yang melampau-lampau.Sederhana tapi masih mampu menggamit kehadiran sesiapa sahaja yang dijemput.Insyaallah.

Perkhidmatan kami:
-Nasi Goreng Istimewa
-Kepak Ayam Madu Panggang (Dipanggang secara langsung di majlis anda)
-Sate Aneka Ayam Madu
-Air kordial & air Teh Panas
-Kuih 2 jenis
-Buah Tembikai

Harga:
300   pax - RM2400
600   pax - RM4500
1000 pax - RM7200

Hubungi kami di talian 016-6545507

kingchickenwingkcw.blogspot.com

-HARI KELUARGA-MAJLIS PERASMIAN-HARI GURU-JAMUAN AKHIR TAHUN-
-PROGRAM MOTIVASI-PROGRAM KEPIMPINAN-ANNUAL DINNER-




Kalau pasal makan siapa yang mampu tolak.Ramai pasti hadir.
















Barulah Mesyuarat Agung PIBG mencapai objektif yang sebenar.

INGIN KELAINAN DALAM MAJLIS ANDA?

Semestinya kami juga boleh bertandang di majlis anda. Tak kisahlah sama ada majlis perkahwinan ke... Majlis doa selamat ke.... Kenduri kesyukuran ke.... Majlis harijadi ke....Rumah terbuka ke.....Ceramah ke....

Cuba bayangkan majlis anda nampak meriah sangat...Dari jauh lagi tetamu-tetamu anda dapat melihat kepulan-kepulan asap  di udara majlis anda......Pasti bertambah rancak suasana majlis itu....

Nak yang siap masak pun kami boleh sediakan.......

Ataupun nak kami panggang di sana beserta krew kami yang sentiasa ceria melayan tetamu-tetamu anda.....
























(Teringat masa pertama kali berniaga di Ekspo GEGARIA, Masa tu kat Temerloh. Rakan-rakan niaga yang telah lama ikut serta ekspo tu cakap, ni pertama kali GEGARIA jadi betul-betul gegar!!!!....Asap gerai kami melitupi semua kawasan tapak perniagaan masa tu..hehehehehe!!!)
KREDIT UNTUK DATO' ROZALI CHE PIN...(Tanpamu kami tak mungkin berada di sini)

PRODUK KING CHICKEN WING PANAS..!!!!!!

















Kepak ayam yang disaluti dengan rempah istimewa serta madu asli dipanggang dalam keadaan tersusun pasti menggamit selera anda.













 Peha ayam diperap dengan rempah dan madu asli dipanggang di atas dapur arang yang pasti membangkitkan aroma yang mengasyikkan....














Pedal, tongkeng(buntut ayam) dan isi ayam diperap semalaman sebelum dipanggang di atas dapur arang pasti enak bila dicicah dengan sos hitam asli Sabah....


Sunday, April 7, 2013

Kami di blog mereka......

THANKS TO http://amrsji.blogspot.com/  dan http://www.eyriqazz.com/2011/08/suasana-di-bazaar-ramadhan-sentul.html FOR YOUR PROMOTION OF US. Tak sangka ada yang menjadi duta kecil kepada produk kami yang tak seberapa ini.Insan-insan seperti kalianlah yang membantu kami kekal dalam arena perniagaan makanan berasaskan Kepak Ayam Madu ini.
Syukran jazilan!
Thank you!
Nandre!
TohChey!
Shie Shie!
Terima kasih!

Untuk semua pelanggan kami.Rezeki yang kami nikmati berkat keikhlasan anda memuji dan memperkenalkan kami kepada rakan-rakan anda.