Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Friday, April 12, 2013

Masih mencari apa yang ingin mula diniagakan?

Kesusahan ketika mulakan perniagaan pasti memberi kenangan manis jika dikenang semula sekarang. Kami sangat menggalakkan sesiapa sahaja terutamanya yang ingin memulakan perniagaan agar teruskan niat tersebut.Kalau nak jual ayam madu seperti kami, jumpa kami dan pasti anda akan teruja dengan pelan perancanagn perniagaan kami nanti.

Ada satu cerita pasal nak mulakan perniagaan ini.

Kali ini Abang Has akan menceritakan tentang pengalaman Abang Has dan beberapa orang rakan lain dalam menghadapi cabaran memulakan perniagaan. Rata-rata antara kami bersetuju, antara penghalang utama seseorang menjadi usahawan adalah Ibu.
Karektor biasa seorang ibu adalah menginginkan anaknya

  1. 1. Berkerja dengan stabil walaupun tidak kaya raya
  2. 2. Hidup bahagia tanpa masalah
  3. 3. Mempunyai masa depan yang cerah.
Tiga karektor ini nampak biasa, tetapi ketiga-tiga ini adalah mustahil untuk dipastikan. Hanya masa dan keadaan akan menentukan semua ini.Tak ada kerja yang stabil, setiap hari orang dibuang kerja. Setiap hari orang menukar kerja.Tak ada hidup yang tidak ada masalah. Masalah pasti akan ada.Datang pula dalam pelbagai bentuk dan gaya.Kalau pada zaman dahulu, orang lebih suka apabila anaknya bekerja dengan kerajaan. Malah mereka mengatakan “jika kerja jaga lembu sekalipun, kena kerja dengan kerajaan” Sebabnya, kerja kerajaan walaupun gajinya rendah, namun ada pencen, ada elaun, ada cuti, ada diskaun kesihatan dan lain-lain.Ini belum lagi kisah-kisah yang bapa makwe tidak mahu mengahwinkan anak perempuannya kepada orang yang bergelar “peniaga” atau “usahawan”.Tetapi dari aspek ini, ada juga kesalahan dari kalangan peniaga dan usahawan ini, pekerjaan ini susah untuk kita nilai kestabilan mereka. Ada yang punya harta yang mewah tetapi hutang berjuta-juta. Ada juga yang hidup sederhana, tetapi duitnya berkepuk-kepuk.

Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi usahawan, ramai yang bersetuju bahawa antara orang pertama yang menentang adalah ibu mereka. Ibu risau terhadap masa depan anak ini. Ibu mana suka melihat anak bekerja tanpa mengira masa ?
Namun apa pula tanggungjawab kita sebagai seorang anak ?
Salah seorang dari kami menyebut bahawa beliau memberi kata dua kepada ibunya.
“Mak, mak ada dua pilihan. Yang pertama, kalau mak dok merungut tentang saya jadi usahawan nie, pasti perniagaan saya ini akan lingkup.

Yang kedua, kalau mak mendoakan saya berjaya menjadi seorang usahawan, saya pasti saya akan berjaya. Jadi mak pilih lah antara dua ini.”
Ibu kita menyayangi kita, jadi kita kena mengambil peluang untuk menerangkan dengan baik kepada mereka tentang pilihan yang kita telah buat supaya restu dan doa mereka akan menguatkan lagi usaha kita menjadi usahawan yang berjaya..............

Anda mungkin masih mencari perniagaan apa yang mahu diusahakan.Apa kata kita mulakan dengan perniagaan makanan. Yang paling mudah dan kecil modalnya sudah tentulah berniaga kepak ayam madu KING CHICKEN WING ni. Boleh mulakan pada bulan puasa ini kerana bulan puasa adalah bulan rahmat dan pastinya anda akan nampak hasilnya dengan cepat.Hubungi kami jika berminat. 016-6545507

1 comment: