Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali terlepas pandang kehendak yang ada dalam diri kita. Sering kali kita lupa bahawasanya keenakan dan kesedapan sesuatu makanan itu mampu memberi kita kepuasan. Kepuasan itulah yang memebri kita inspirasi, melancarkan kewarasan kita untuk berfikir dan memberi kita kesedaran betapa sepatutnya kita bersyukur kerana berpijak di bumi Malaysia yang aman sentosa dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.Kami sekadar mewarnai alam makanan di Malaysia ini untuk tatapan umum. Kenali kami, KING CHICKEN WING.......

Thursday, April 18, 2013

KING CHICKEN WING CAWANGAN SENTUL RAYA @ BOULEVARD....

 CAWANGAN SENTUL RAYA @ BOULEVARD



























Cawangan ini terletak di depan Restoran Lambaian Seafood yang sememangnya terkenal dengan masakan panas dan kateringnya. Tapi bukan pasal tu yang hendak dikongsi. Segalanya mengenai KING CHICKEN WING...... Sememangnya warga Sentul tak asing lagi dengan kepak ayam madu kami....Sebut saja ayam madu, pasti mereka teringatkan kami yang betul-betul terpacak di depan kedai KK Mart Sentul Raya ni.

Kebanyakan pelanggan kami adalah di kalangan pengunjung-pengunjung restoran yang berada di sekeliling kami ini terutamanya keluarga dan kumpulan anak muda yang sering menjadikan makanan di restoran sebagai juadah makan malam mereka.Tidak lupa juga pekerja-pekerja yang bekerja di pejabat-pejabat yang berada di Sentul Boulevard ini. Bila tiba waktu petang, pasti mereka ini muncul dan terus menempah dengan ayat yang lebih kurang sama sahaj." Macam biasa ye".Maka seperti biasa jugalah kami sudah sediakan awal-awal kepak ayam madu kami.Cuma tunggu ditempah dan seterusnya cuma panaskan saja di atas pemanggang arang kami.....




 Inilah salah satu tempahan pelanggan yang sedang dipanaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan.....

 Kepak ayam madu kami adalah produk utama kami.Ia disalut dengan rempah khas yang dicampur dengan madu asli.

 Ketika ayam dipanggang, pasti madunya kelihatan dan titisan madu itulah yang pastimenyelerakan pelanggan kami....

 Seterusnya tongkeng ayam ni.Orang Sabah yang terkenal dengan kepak ayam madu ni panggil macam tulah.Tapi orang Semenanjung panggil buntut ayam je...... Ini produk kedua terlaris tapi biasanya tongkeng ni lah yang habis dulu walau di mana juga cawangan kami pun....

 Pedal ayam madu ni pun apa kurangnya.Kadang-kadang tu pedal ayam yang habis dulu.....


 Ini pula adalah isi ayam yang disusun mencucuk sepanjang lidi.....Ini bukan sate ayam ye tapi isi ayam ini sudah pasti sedap kerana selain disalut dengan rempah istimewa dan madu, ia juga adalah isi yang datang dari bahagian berdekatan kepak ayam.Sudah tentu ia lebih enak dimakan berbanding sate ayam yang menggunakan isi di bahagian dada ayam yang lebih pejal....

 Pelanggan kami banyak yang suka bungkus atau "Take away" atau senang cite suka "Tapau".




 Selain beli untuk dimakan di rumah, pelanggan kami juga banyak yang suka makan terus di sini.Katanya "Makan panas-panas lagi sedap!".....Pilihlah apa saja yang anda suka, pasti ia tidak mengecewakan selera anda. Semua produk kami yang pastinya didatangkan dengan sos hitam asli Sabah yang istimewa.Bila ayam madu yang terasa manis di cicah dengan sos yang pedas, pasti selera anda sukar untuk diberhentikan lagi.

JADI JIKA ANDA NAK CUBA, DATANGLAH KE CAWANGAN KAMI DI SENTUL RAYA INI. KALAU SEDAP AJAK KAWAN PULAK.KALAU TAK SEPERTI YANG DIIDAMKAN, BERITAHU KAMI AGAR KAMI DAPAT MENYEDIAKAN PRODUK KAMI SEPERTI YANG ANDA IDAMKAN!....

***UNTUK TEMPAHAN DAN KHIDMAT PENGHANTARAN, SILA HUBUNGI 016-3986433....


4 comments:

  1. ni kat kawasan mana yerr....daerah jb ada kerr...kalau ada kawasan mana tu bole saya tau...who knows insyaAllah sempat nanti saya nak singgah...dan bole laa saya promote kat blog saya nanti hehee

    ReplyDelete
  2. di jb belum ada lagi...insyaallah kita akan berkembang ke sana satu hari nanti.....setakat ini di Lembah Klang aja....sila lihat cawangan kita di tepi blog page...tq

    ReplyDelete
  3. Tpn knp still tk blh kol tiada dlm perkhidmatan

    ReplyDelete
  4. ada no watsup ke yg blh dihubungi....?

    ReplyDelete